Tertarik dengan populariti dan penonjolan kepimpinan kerajaan negeri yang sentiasa kehadapan dalam banyak perkara, Telekom Malaysia (TM) Berhad telah memilih Terengganu untuk melaksanakan program ‘Broadband Lifestar Showcase’.
Pengurus Besar TM Terengganu, Haji Badrul Hisham Bahari berkata, program khas yang julung kalinya dilaksanakan di luar Lembah Klang itu akan berlangsung di Mesra Mall, Kemasik, Kemaman selama dua minggu bermula 1 Mei depan.
Katanya , sebagai peneraju pengendali internet jalur lebar utama di negara ini pihak pengurusan TM Pusat amat teruja dan menjadikan Terengganu sebagai destinasi utama melaksanakan program ini.
“Antaranya, pengagihan e-Book kepada pelajar Tahun 5 serta mewujudkan pasukan lumba basikal sendiri dan menyertai Kejohanan Le Tour de Langkawi serta jelajah Malaysia baru-baru ini,” katanya kepada Teganukita.
Showcase yang diadakan ini katanya, memberi fokus kepada pelajar dan masyarakat untuk bersama mengendali dan membantu meningkatkan tahap cara hidup kita menggunakan teknologi ICT hari ini.
Orang ramai diharap dapat berkunjung ke program berkenaan untuk melihat bagaimana pengendalian broadband untuk pembaharuan lesen secara terus serta boleh berhubung antara satu tempat ke satu tempat.
“Kita berhasrat melihat penglibatan seluruh masyarakat terutama pendidik beserta pelajar sekolah untuk mendapat maklumat yang lebih luas selaras dengan hasrat pucuk pimpinan negeri yang mahu membudayakan ICT dikalangan rakyat,” katanya.
No comments:
Post a Comment