TERKINI DI

Wednesday, August 28, 2013


Wanita ibu isteri dan sahabat.

Hanya orang yang beriman dan berakhlak mulia akan memuliakan wanita, sebaliknya orang yang menghina wanita atau melakukan kekerasan terhadap wanita adalah orang yang hina di sisi Allah swt.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Perhubungan Terengganu, Datuk hajah Fatimah hamat berkata, dalam mengembalikan ‘respek’ atau hormat kaum lelaki terhadap wanita, perkara utama ialah mendekatkan jurang yang semakin melebar antara sikap dan tingkah laku umat islam hari ini berbanding ajaran Islam sebenar yang suci dan murni.

“Islam memberikan wanita hak untuk  menuntut imu seperti lelaki kerana menuntut ilmu  adalah fardu ke atas setiap individu dan bukannya berasaskan jantina.

“Peranan wanita sebagai tulang rusuk lelaki iaitu anggota paling rapat dengan hati dan jantung manusia, bermula sejak awal  kewujudan manusia di bumi dan Hawa dijadikan oleh Allah swt sebagai peneman kepada kesunyan Adam dalam syurga,” katanya.

Sehubungan itu  sejajar dengan  sambutan Hari Wanita Kebangsaan  pada 25 Ogos lalu beliau menegaskan tema  ‘Respek Wanita Masyarakat Sejahtera’  bertepatan dengan peranan dan sumbangan  wanita terhadap pembangunan negara dan keharmonian masyarakat.

“Wanita adalah ibu, isteri dan sahabat mampu berdiri  dalam apa juga situasi, sedia berkhidmat tanpa mengira waktu dan  sanggup berkorban jiwa raga untuk  kebahagian keluarga,” katanya.

Datuk Hajah Fatimah seterusnya mengharapkan golongan wanita  sentiasa  bersedia  memberi  sumbangan  apa saja  demi  pengukuhann  agama, kestabilan bangsa dan  keamanan negara.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...