Dato’ Din Adam akan
cabar Ketua Bahagian Dungun
Bekas Ahli Mesyuarat
Kerajaan Negeri yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Dato’
Haji Din Adam menyatakan kesediaannya
bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Dungun pada pemilihan parti itu yang
akan diadakan serentak di seluruh negara pada 19 Oktober depan.
Percubaan Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan
Sukan dan Badan NGO Negeri Terengganu itu adalah kali kedua selepas tewas
kepada Datuk Dr Rosli Mat Hasssan (penyandang sekarang) dalam pemilihan Umno
yang lalu.
"Bergantung kepada kehendak perwakilan jika mereka
inginkan perubahan dan bina semula parti yang sudah mengecut, saya bersedia
untuk menawarkan diri,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Katanya, pemilihan jawatan parti adalah proses demokrasi dan
kita tak perlu ada permusuhan sesama anggota Umno di peringkat bahagian Dungun
ini kerana akhirnya kita perlukan semua orang untuk menggerakkan jentera parti
yang akan bekerja untuk rakyat.
Desas desus bertiup
kencang mendakwa akar umbi menolak kepimpinan Ketua Umno di beberapa bahagian
ketika ini termasuk Dungun.
Beliau berkata, selain suara akar umbi beliau sanggup
bertanding jika ia memberi kebaikan kepada parti dan berusaha memantapkannya
yang akan dipersembahkan kepada rakyat melalui pilihanraya umum ke 14 (PRU14)
nanti.
"Ini kerana rakyat melihat aspek kepimpinan itu sebagai
ukuran sebelum memilih siapa dan parti apakah yang akan mewakili mereka,"
katanya.
Pada PRU13 lalu, tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Paka, Sura dan Rantau Abang serta
Parlimen Dungun dimenangi PAS dan hanya Bukit Besi, satu-satunya kerusi Dun
milik Barisan Nasional (BN).
No comments:
Post a Comment