TERKINI DI

Sunday, August 25, 2013


Maidam  pindah  40 pelajar  tajaan ke pengurusan  YT

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam)  Terengganu  telah memindahkan  40  daripada 95 pelajar tajaannya di Jordan ke bawah pengurusan Yayasan Terengganu (YT) untuk meneruskan pengajian baru yang bermula bulan depan.
Ketua Pegawai Eksekutif  Maidam, Dato’ Haji Mohd Rozali Saleh berkata, keputusan berkenaan  diambil  setelah penilaian semua dibuat termasuk melihat latar belakang keluarga pelajar terbabit.
“ 55 pelajar lagi  dikekal  bersama Maidam  dan  menerima biasiswa  adalah kalangan keluarga fakir miskin,” katanya kepada pemberita di majlis Rumah Terbuka Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Wisma Persekutuan hari ini.
Katanya, walaupun mereka di bawah pengurusan YT, pelajar berkenaan berpeluang dan layak untuk diberi biasiswa jika memperolehi keputusan cemerlang ini kerana perjanjian pinjaman di bawah YT itu  adalah pinjaman yang boleh diubah.

``Kalau pelajar bagus dan  memperolehi keputusan yang cemerlang, pinjaman tersebut akan menjadi biassiswa,’’ katanya.
Tambahnya, ibu bapa dan pelajar terbabit tidak perlu bimbang dan risau mengenai perkara berkenaan kerana pinjaman berkenaan boleh diubah  kepada biasiswa jika mereka  mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan universiti.

``Ada salah faham dan kekeliruan di kalangan ibu bapa dan pelajar kerana menganggap jika mereka diletakkan di bawah pengurusan YT akan dianggap pinjaman sampai bila-bila,’’

``Jika pelajar menunjukkan kecemerlangan dan memperolehi keputusan yang telah ditetap, secara otomatik pinjaman akan  menjadi biasiswa,’’ ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) itu berkata,  pada masa ini Maidam hanya menaja seramai 55 pelajar yang sedang menuntut di Jodan dalam jurusan perubatan, kepakaran ulama dan agama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...