YPK 1Komuniti dilaksana
tahun depan
Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu akan
memperkenakan program baru ‘YPK
1Komuniti ‘ dengan peruntukan RM100,000 setiap Kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) bermula tahun depan.
Pengarahnya, Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, program
baru ini akan memilih lapan kawasan DUN setahun yang memberi fokus terhadap masalah
yang berlegar dalam komuniti terpilih.
“Isu mat rempit dan kemiskinan yang banyak membelenggu
masyarakat hari sekarang dijangka menjadi agenda utama bagi mencari
penyelesaian bersama,” katanya kepada pemberita di pejabatnya baru-baru
ini.
Katanya, usaha ini dilaksanakan bersama 11 agensi
lain termasuk Pejabat Daerah,
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pejabat
Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan (ADK),
Jabatan Pelajaran dan sebagainya yang
berkaitan.
Katanya, setiap
dijangkakan akan menelan belanja
RM100,000 bagi melaksana pelbagai
aktiviti yang menjurus kepada pembentukan masyarakt berkualiti dari pelbagai sudut termasuk pelajaran serta
perpaduan.
“Kita akan mendpatkan sumber
daripada pihak sekolah, Agensi Pembangunan Masyarakat (APMT) dan
jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi mengenal pasti isu yang timbul dalam komuniti berkenaan,”
katanya.
Katanya, sasaran
program dalam tempoh empat tahun akan
dapat melaksanakan aktiviti pemulihan
komuniti ini di 32 DUN seluruh negeri.
Menurutnya, seramai Sembilan pegawai daripada YPK bertanggung jawab melaksanakan
program ini dalam usaha
kerajaan mengurangkan masalah kemiskinan, gejala sosial serta mewujudkan keharmonian dan
kesejahteraan dalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment