TERKINI DI

Thursday, August 22, 2013


Kerajaan peruntukkan RM600,000 Insentif Perkahwinan ibu/bapa tunggal

Kerajaan memperuntukkan RM600,000 setahun sebagai insentif perkahwinan kepada ibu dan bapa tunggal yang akan berkahwin  dengan pasangan masing-masing.

Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Encik Mohd Safaruddin Mustaffa berkata, program ini mula diperkenalkan awal Januari lalu.

“Kita sasarkan 300 orang ibu dan bapa tunggal diseluruh negeri  bakal mendirikan rumah tangga tahun ini,” katanya kepada pemberita di majlis  Rumah Terbuka Aidilfitri di perkarangan Pejabat YPKT  hari ini. 

Setakat ini katanya pihaknya telah menerima  permohonan daripada  266 orang  ibu dan bapa tunggal seluruh negeri yang layak menerima insentif berkenaan.

Menurutnya,   setiap ibu dan bapa tunggal akan menerima insentif  perkahwinan sebanyak RM2,000 seorang dan  jika ibu tunggal bertemu jodoh dengan bapa tunggal  mereka  akan menerima RM4,000.  

“Setakat ini kita merekodkan   96 pasangan telah bertemu jodoh antara  ibu dan bapa tunggal manakala 68 ibu tunggal berlahwin dengan teruna dan 26 bapa tunggal berkahwin dengan anak dara,” katanya.

Menurutnya,  jumlah  ibu dan bapa tunggal yang telah mendirikan rumah tangga  mengikut  Parlimen ialah   Besut  (18 pasangan), Kuala Nerus (12 pasangan), Kuala Terengganu (23 pasangan), Marang (29 pasangan), Hulu Terengganu (25 pasangan), Dungun (25 pasangan), Kemaman (47 pasangan) dan Setiu (11 pasangan).

“Sehingga ini 50 pasangan ibu dan bapa tunggal telah menerima insentif bagi perkahwinan masing-masing dan majlis  ketika pelancaran pemberian insentif perkahwinan   telah dilakukan oleh Menteri Besar di Besut baru-baru ini,” katanya.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...