Naik taraf jalan
Kerajaan akan menaiktaraf beberapa jalan di negeri ini bagi
menjamin keselamatan pengguna jalan raya terutama kawasan yang kerap terjadi kemalangan
maut khususnya pada musim perayaan lalu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Pengangkutan
Awam, Transformasi Kerajaan dan Teknologi Maklumat negeri, YB Mohd Iskandar
Jaafar berkata, kerajaan bersedia
mempertimbangkan saranan orang ramai untuk menaik taraf beberapa jalan untuk
keselesaan pengguna jalan raya.
“Saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat kerajaan negeri
secepat mungkin supaya tindakan lanjut dapat diambil bagi mengelak berulangnya kemalangan maut,”
katanya.
Katanya, antara jalan yang menjadi rungutan orang ramai
adalah laluan utama Kampung Alur Serdang Bintang hingga ke
persimpangan Felda Selasih dan Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu yang sering
berlaku kemalangan maut kerana permukaan jalan tidak rata.
Menurutnya, ketiadaan lampu jalan juga menyebabkan kawasan
berkenaan gelap pada waktu malam dan menyebabkan kekeliruan kepada pengguna jalan
raya.
“Kerajaan memandang serius perkara ini dan akan mengambil
tindakan segera untuk mengekang berlakunya kemalangan berterusan di kawasan
berkenaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment