TERKINI DI

Monday, March 21, 2011

PPDNKK rampas telefon bimbit tiruan bernilai RM26,490

Oleh: Esah Abdullah

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu(PPDNKKT), merampas 105 set telefon bimbit tiruan pelbagai jenama dari China bernilai RM26,490 dalam serbuan di tapak karnival Bandar Ketengah Jaya, Dungun, semalam.

Timbalan Pengarah PPDNKK, Encik Abdul Ghani Harun berkata, operasi yang disertai 20 anggota penguatkuasa PPDNKK daerah Dungun dan ibu pejabat itu bertindak di atas aduan orang ramai dan berjaya menahan 14 peniaga telefon bimbit tiruan di tapak Karnival berkenaan.

“ Peniaga terbabit boleh di dakwa di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM250,000,” katanya dalam sidang media di PPDNKKT, Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu hari ini (21 Mac).

Katanya, telefon yang dirampas merupakan pelbagai jenama terkenal seperti Nokia, Blackbery, Samsung dan sebagainya yang diragui keasliannya kerana harga dijual jauh lebih murah iaitu jenama Blackbery dengan harga RM450.00.

“Seolah menjadi trend kepada peniaga telefon bimbit tiruan yang menjadikan tapak karnival atau pasar malam sebagai lokasi jualan dengan menawarkan harga murah untuk memerangkap orang ramai,” katanya.

Encik Abdul Ghani kemudiannya meminta masyarakat yang mengetahui adanya karnival di kawasan masing-masing sila maklumkan kepada pihak PPDNKKT, supaya pihaknya boleh bertindak sebelum mereka berjaya menipu lebih ramai orang.

Pihak PPDNKKT juga akan mengadakan mesyuarat dengan majlis-majlis daerah mengenai penganjuran karnival di daerah-daerah supaya mereka tidak membeli kelulusan kepada peniaga-peniaga sebegini yang terang-terang menipu pengguna.

Encik Abdul Ghani berkata, tahun lalu pihaknya membuat tiga rampasan telefon bimbit di tapak karnival di Taman Shah Bandar, Gong Badak dan Pusat Dagangan Terengganu (TTC) dan sejak itu tumpuan mereka mula beralih ke kawasan pendalaman.

1 comment:

  1. Your blog looks nice, even so it would be far better if you’ll be able to use lighter colors too as a professional design. This will make sure that a lot more readers come to check it out.Informative post by the way!

    nolvadex

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...