TERKINI DI

Monday, March 21, 2011

Penerbangan umrah kedua mendarat terus di Madinah.

Oleh: Esah Abdullah

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bercadang untuk membuat penerabangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Terengganu ke Madinah bagi pakej umrah yang dikendalian kerajaan negeri pada masa akan datang.

Naib Presiden Bahagian Haji dan Sewa Khas MAS, Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Husein berkata, pada masa ini terdapat cadangan daripada kerajaan negeri untuk mengadakan pakej umrah empat kali setahun melalui penerbangan terus dari LTSM, jika mendapat sambutan daripada orang ramai.

MAS akan memantau perkembangan selepas penerbangan umrah pertama dari luar Kuala Lumpur ini yang sekali gus mencatat sejarah negara,” katanya kepada pemberita sebelum keberangkatan jemaah umrah anugerah kerajaan negeri di LTSM, petang kelmarin.

Terengganu menjadi negeri pertama yang menawarkan penerbangan umrah terus dari LTSM ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jedah, Arab Saudi yang membawa 451 jemaah yang sebahagiannya merupakan petugas opearasi haji tahun lalu manakala selebihnya penjawat awam dan pemimpin masyarakat negeri ini.

Katanya, penerbangan umrah pertama dari LTSM ini akan mendarat di lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jedah, Arab Saudi yang mengambil masa perjalanan selama sembilan jam.

Anugerah umrah ini adalah kerjasama kerajaan negeri dan syarikat pengendali operasi haji dan umrah AD Charters Servise Sdn Bhd dan empat syarikat anak tempatan yang dipilih mengendalikan pengurusan pakej umrah pertama ini.

Syarikat berkenaan ialah Tabung Haji (TH) Travel Sdn Bhd., Rahyhar Travel Sdn Bhd., Imtiyaz Travel & Tour Sdn Bhd dan Zahafiz Travel & Tour Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...