TERKINI DI

Wednesday, May 11, 2011

Masalah pelajar ponteng semakin menurun

Pencapaian disiplin pelajar-pelajar Sekolah Menengah (SM) seluruh negeri bertambah baik sepanjang tahun lalu berdasarkan peratus salah laku disiplin murid yang menurun sebanyak 0.17 peratus daripada 2.83 peratus (2009) kepada 2.66 peratus (2010).

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerajaan sedar pemasalahan ponteng berlaku agak ketara di SMK di negeri ini.

“Kerajaan negeri bersama Jabatan pelajaran banyak melaksanakan program untu memastikan perkara berkenaan dapat dikurangkan dan di sifarkan,” katanya ketika menjawab soalan lisan YB Haji Ramlan Ali (BN-Jabi) di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, antaranya program kauseling berfokus, dimana melaluinya pihak sekolah mengambil beberapa pendekatan dengan mengenal pasti punca masalah dan khidmat nasihat.

“Kursus kesejahteraan diri untuk pelajar lelaki dan perempuan yang berdepan salah laku dan sosial, gerakan keremajaan , kempen bergerak menangani gejala sosial anjuran Kementerian Pelajaran yang diadakan dari masa kesemasa,” katanya.,

Selain itu katanya, baru-baru ini kerajaan bersama Yayasan Terengganu (YT) berjaya mengumpul kira-kira 3,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai Program Keterbilangan dalam usaha membantu mereka yang kurang cemerlang dalam keputusan SPM lalu.

“Kita hantar mereka ke Institut latihan Perindustrian (ILP), Akademik Binaan Malaysia (ABM), Tatiuc, Tesdec, TTITC, dan beberapa lagi pusat latihan di bawah kelolaaan kerajaan negeri bagi melatih mereka yang berminat,” katanya.

Katanya, sebahagiannya sudah menamatkan latihan (tiga bulan) dan masih ramai sedang meneruskannya dalam pelbagai kursus kemahiran dan semua ini di laksanakan dalam usaha membendung masalah sosial kalangan remaja lepasan sekolah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...