TERKINI DI

Tuesday, August 27, 2013


Hotel Grand Puteri guna peruntukan Jawhar - Maidam

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pembinaan Hotel Grand Puteri yang terletak berhampiran Masjid Putih Kuala Terengganu menggunakan duit zakat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Haji Mohd Rozali Saleh berkata, hotel bertaraf tiga bintang  berharga RM41.69 juta itu dibangunkan dengan menggunakan peruntukan daripada Jabatan Waqaf Zakat dan Haji (Jawhar).

“Saya tidak mahu masyarakat keliru dengan dakwaan tersebut kerna  Maidam  tidak pernah menggunakan duit zakat untuk membangunkan hotel atau bangunan lain di negeri inin,” katanya kepada pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) di Wisma Darul Iman.
https://www.ywm.gov.my/images/Userdefine/resources/images/puteri1.png 
Katanya, Hotel Grand Puteri  dibangunkan  di atas sekeping tanah wakaf yang dipegang oleh Maidam dan  merupakan hotel wakaf pertama di negeri ini berkonsepkan Islam.

Hotel ini juga katanya merupakan hotel ketiga di bawah pengurusan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di negara ini dan majlis Penyerahan kunci  kepada Maidam telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha jabatan Perdana Menteri,  Dato’ hajah Hasnah Salleh pada 8 April  manakala  operasi sepenuhnya bermula  Mei lalu.

Dato’ Haji Mohd Rozali  berkata selain Hotel Grand Puteri, sebuah lagi bangunan milik Maidam iaitu Bangunan Akademi Kulinari di Pulau Kerengga Marang (RM1 juta), Asrama Pelajar di Besut dan bangunan perniagaan   berhampiran  Hospital jertih juga dibangunkan menggunakan peruntukan Jawhar.

“Kita banyak mendapat peruntukan Jawhar untuk membina bangunan di atas  tanah-tanah wakaf milik Maidam di negeri ini dan  amat berterima kasih terhadap egensi itu yang  membantu Maidam,” katanya.

Sehubungan itu katanya, pihak Maidam juga sedang mengadakan perbincangan  dengan  pihak Jawhar untuk memajukan beberapa lagi  tanah wakaf milik Maidam di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...